Assalamualaikum w.b.t
dan salam sejahtera..
Alhamdulillah hari ini
berpeluang aku nak ‘update’ entry blog ini. Walaupun masih bertatih untuk
mempelajari bagaimana untuk menulis di entry ini, masih mencari poin-point di
mana aku nak tekan meletakkan widget-widget di blog ni.. hehe amateur la katakan..
Ok hari ini, kita
bercerita pasal isu semasa yang paling gempar sekarang ni, yang lain dan tak
bukan mesti korang semua pun dah dapat agak kan iaitu isu kehilangan pesawat
MH370.. Ok baik.. Aku ni bukanlah penganalisa, pengkaji, pentafsir, penyiasat dan
sebagainya yang terlibat secara langsung dengan operasi mencari dan menyelamat
(SAR) bagi kes ini.. tapi aku nak mengajak korang semua untuk kita sama-sama
mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kru dan penumpang pesawat MH370..
Sesungguhnya buat masa
sekarang ini, itulah yang termampu dan yang terbaik utk kita lakukan daripada
kita sama-sama bersubahat menyebarkan spekulasi yang tidak benar. Nak-nak pulak
kita menabur fitnah dan meletakkan semua kesalahan kepada anggota kru dan
juruterbang tersebut.. Siasatan masih dilakukan.. Soo… kita tak payahlah
menyimpulkan terlalu awal berkaitan dengan perkara ini..
Kita kena menjaga
perasaan ahli keluarga mereka yang mana ketika ini sedang bersedih sebab ahli
keluarga mereka tu tak tahu macam mana kedaan diorang sekarang ni.. Jadi di
sini aku nak menyerulah supaya kita terus berdoa dan berdoa dan berdoa.. Agar
terbit keajaiban daripada semua ini.. Ok??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan