Isnin, 27 Januari 2014

ILDAS : Senam di hari kedua..

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yg segar pada pagi sabtu (26/1/2014).. Hari last di ILDAS memang memberi ketenangan di hati ni sbb dikelilingi oleh pelajar tahfiz..

Pagi nie slot tazkirah pagi yg terkeluar sedikit dari bidang yg disampaikan oleh rakan-rakan.. Tajuk yg disampaikan ialah pengalaman bukit broga, remaja keliru, ulat gonggok, pengalaman orang kena rasuk, dan rama-rama.. Hehe

Tajuk yg pelik, tetapi mesti dihuraikan mengikut konsep dakwah.. Seronok mendengar macam-macam cerita..

Perginya seorang permata

Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu daripada dada manusia dengan sekali gus, tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan para ulama. Allahu Akbar. Tanggal 25 Januari 2014, seorang lagi ulama tanah air kita iaitu Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib telah pergi menghadap Tuhan Yang Maha Pencipta. Pada detik pukul 12 pagi lebih, tanggal 25 Januari 2014, aku dikejutkan dengan pengumuman di laman sosial dan laman web akhbar dengan pemergian seorang ulama yang aku sangat kagum dengan ketegasannya.
Secara jujurnya, terasa sayu dan sebak di dada akan pemergian beliau ke rahmatullah. Terfikir sejenak  bahawa dunia sudah berada di akhir zaman. Ulama yang dikagumi, Allah telah bawa pergi daripada kita khususnya rakyat Malaysia. Lebih sayu mendengar berita bahawa menengar berita Tuan Guru Harun Din turut berada di hospital kerana sakit beliau. Walupun tidak pernah berjumapa dengan dua orang ulama ini secara 'live' tetapi berjumpa secara maya sudah cukup memberi kesan kepadaku akan kata-kata mereka. Allahu Akbar...
Kepada warga blog dan alam maya sekalian, atas permintaan anak Allahyarham, marilah kita sama-sama menunaikan permintaannya :
Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah salah satu lagi tanda Allah s.w.t menjemput orang faqih akan AgamaNya dan semakin dekat dengan hari penentuan.
Allahyarham Tuan Guru Dato' Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.
Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Al Fatihah.

Rabu, 22 Januari 2014

Semudah Teh O..

.

Alhamdulillah penjelasan daripada Ustaz Hafizal terhadap video Benz Ali mengenai persoalan akidah. Menggunakan analogi yang mudah difahami dan maksud yang mendalam. Siapalah kita yang kerdil ini nak tunjuk di mana Allah.. Best video ni.. Jom kawan-kawan kita hayati apa yang dijelaskan oleh beliau.

P/s : Jawapan semudah teh o.. =)

Selasa, 21 Januari 2014

Orang Pertama..



Haaa.. Ni nak tanya korang.. Siapa orang pertama yang menghasilkan kereta? Siapa orang pertama yang mereka cipta telefon? Siapa orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan? Siapa rakyat Malaysia pertama yang menjadi angkasawan negara?
Haaa.. Mesti korang semua "expert" nak bagi jawapan untuk soalan-soalan ni kan?
Ok sekarang nak tanya pulak.. Siapa manusia pertama yang menulis Bismillah?? Hehe..
Ini kalau anak-anak tanya macam ni ibu bapa tak dapat jawab.. Malu oooo... Ok insyaAllah sini aku kongsikan serba sedikit entri yang aku terjumpa kat fb tadi.. InsyaAllah bermanfaat..


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

P/s : "Give & Take" dalam kehidupan ye kawan-kawan..

Alamak.. 2 in 1...


Petang semalam, bosan-bosan masa cuti-cuti takde buat apa, aku saja je la bawak anak buah keluar jalan-jalan sambil beriadah, berjoging di taman depan rumah. Masa tu la ramai yang turun berjoging. Jiran tetangga habis semua keluar rumah bawak anak-anak beriadah.
Jumpalah seorang jiran ni berbangsa cina. Selepas berkenalan apa semua, mula la si jiran ni "promote" dia punya kerja. Yela kerja insurans la katakan. Aku sambil mendengar, mengiyakan je. Huu memang ler. Aku pun tak berapa faham sebenarnya apa yang diceritakan tu. huu yela speaking campur-campur. Masak gak la nak cuba fahamkan. Hehe apa yang aku terfikir sebenarnya. Patutlah bangsa cina ni boleh berjaya dalam niaga. Mana taknya, sambil berjoging pun sempat lagi membuat "promoting" insurans dia. hehe bukan ke dinamakan 2 in 1 tu kan..
P/s : Hehe takde kena mengena dengan bangsa yee.. Yang nak "mention" adalah strategi yang digunakan oleh si jiran tu..




Siapa Proffesor Dr. Zulkifli Muhammad..??


Alhamdulillah sebelum ini diberi kesempatan untuk mengkaji dan membuat sedikit penulisan berkaitan Proffesor Dr. Zulkifli Muhammad. Siapakah beliau ini? Sebelum penulis mendengar, mengkaji dan menulis berkaitan beliau ini, penulis sendiri tidak pernah tahu dan mengenali dengan nama ini. Di situ telah memberi perangsang kepada penulis untuk membaca serba sedikit mengenai pemilik nama ini di blog-blog dan buku-buku. 
Jika dibuka buku yang berkaitan dengan sejarah politik sekitar tahun pra-kemerdekaan hingga selepas merdeka, pasti anda akan berjumpa dengan susuk nama ini. Beliau ini jika dikira merupakan salah satu nama besar yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi tidak memihak kepada kerajaan pada ketika itu. Siapakah beliau?? Kita tungguuuu post akan datang... InsyaAllah..

Isnin, 20 Januari 2014

Baru Belajar.. Baru Bermula..


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga blog. Alhamdulillah hari ini tanggal 20 Januari 2014, penulis mencuba sesuatu yang baru iaitu melalui penulisan di ruangan blog ini. Walaupun masih dalam ruangan ini, penulis mengharapkan sesuatu yang dipaparkan di ruangan blog ini dapat memberikan sesuatu yang berfaedah kepada pembaca dan penulis. Dalam keadaan yang masih ingin belajar dalam penulisan blog ini, penulis berharap ada rakan-rakan blogger yang menegur penulis dalam cara dan etika menulis blog ini.