Khamis, 22 Mei 2014

Aku tak sempat berfikir lagi..

Hehe.. Post kali ni aku nak bawakkan sekeping gambar yang aku rasa aku tak sempat nak fikirkan macamana perkara ini berlaku.. Huu

Rabu, 21 Mei 2014

SENSASI : PROTON Dapat Pengerusi Baru??

PROTON
Bila sebut saja pasal Proton Holdings, mesti semua orang, rakyat Malaysia khususnya mengenali jenama ini.. Yela syarikat kereta pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan digagaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983.. Kemudian Proton Holdings Bhd ini telah mengeluarkan kereta yang pertamanya iaitu Proton Saga pada tahun 1986.. 

Tun Dr Mahathir Mohamad
Ha yang nak diceritakann hari ni Proton Holdings Bhd telah mengumumkan Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi barunya berkuatkuasa 16 Mei lalu menggantikan Pengerusinya sebelum ini iaitu Tan Sri Mohd Khamil Jamil.. Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini menjadi penasihat Proton sejak tahun 2003 setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.. 

SENSASI : Ketibaan 2 Ekor Panda Yang Glamour

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni baca surat khabar dah nak dekat tengah hari, so lambat sikit la information yang aku terima.. Buka-buka je paper online, cerita sensasi... iaitu ketibaan 2 Ekor Panda daripada Chengdu, China di Malaysia..

Wah!! Glamour betul panda ni.. Siap ada liputan khas untuk ketibaan diorang ni.. Untung Badan jadi panda tu sebab dilayan sebegitu istimewa oleh Kerajaan.. huu uppps bukan calang-calang tau.. dilayan kerajaan tuuu... kita manusia ni pun tak dilayan sangat oleh kerajaan sebegitu istimewa.. hehe

Ketibaan Panda
Hah tu diaaaa... naik flight kooo.... Aku yang ni pun tak pernah merasa naik flight lagi.. haha (maluu).. 



Ni salah seekor panda tu.. Panda-panda ni dikatakan telah disewa oleh kerajaan Malaysia daripada kerajaan China selama 10 tahun.. Dalam tempoh tersebut kerajaan Malaysia perlu membayar RM3 Juta Setahun untuk membela haiwan tersebut.. Membazir ke? 

Untuk menempatkan panda ni pun dah menelan belanja RM25 Juta untuk membina Kompleks Panda Gergasi di Zoo Negara..haaa nampak tak kat situ istimewa ke tak panda ni berbanding korang.. haha.. Tu pun Belum masuk lagi maintainance nak jaga panda ni dalam setahun menelan belanja RM1.5 Juta setahun yang ditanggung Zoo Negara.. Perghhh nampak dah macam tak patutt kannn...

P/s: So pandai-pandailah korang menilai sendiri yee..

Selasa, 20 Mei 2014

Anda Berminat Dengan Kereta Compaq?

SUZUKI SWIFT SPORT
Ha ni  nak story dengan korang semua ni... Korang berminat dengan kereta compaq? Yela kereta yang berkapasiti sederhana yang sesuai untuk dibawa pergi jalan-jalan ke bandar tu je.. Kalau dahulu kereta compaq ini mungkin diberi pilihan untuk dibawa mengelilingi bandar atau kampung je.. Sekarang dengan teknologi yang ada, telah terhasil kereta compaq yang bukan sahaja boleh dibawa untuk mengelilingi bandar, malah boleh digunakan untuk travel long distance tau..

Ha contohnya kereta kat atas ni.. Suzuki Swift Sport keluaran terbaru daripada Syarikat Suzuki.. Nampak kecik tapi superb.. Dengan rekaan sporty dan dilengkapi enjin 1.6L VVT berbanding keluaran Suzuki Swift sebelum ini yang hanya mengenakan kuasa enjin 1.4L DOHC VVT.. Kereta yang kecil dan compaq tetapi mempunyai kuasa enjin yang besar.. Sangat sesuai untuk travel long distance tau.. Minggu lepas aku berpeluang untuk test drive kereta ni.. Kereta ni hanya dikeluarkan dalam edisi dua warna sahaja.. Kuning Macam kat atas ni dan putih.. Ha Macam nie..


Ha cun kan... Apa yang paling best dengan Suzuki Swift Sport ni ialah handling dia memang superb... Tak Percaya korang pergi lah test drive kat mana-mana branch yang jual suzuki.. Mesti terpikat.. Huu