Isnin, 27 Januari 2014

Perginya seorang permata

Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu daripada dada manusia dengan sekali gus, tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan para ulama. Allahu Akbar. Tanggal 25 Januari 2014, seorang lagi ulama tanah air kita iaitu Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib telah pergi menghadap Tuhan Yang Maha Pencipta. Pada detik pukul 12 pagi lebih, tanggal 25 Januari 2014, aku dikejutkan dengan pengumuman di laman sosial dan laman web akhbar dengan pemergian seorang ulama yang aku sangat kagum dengan ketegasannya.
Secara jujurnya, terasa sayu dan sebak di dada akan pemergian beliau ke rahmatullah. Terfikir sejenak  bahawa dunia sudah berada di akhir zaman. Ulama yang dikagumi, Allah telah bawa pergi daripada kita khususnya rakyat Malaysia. Lebih sayu mendengar berita bahawa menengar berita Tuan Guru Harun Din turut berada di hospital kerana sakit beliau. Walupun tidak pernah berjumapa dengan dua orang ulama ini secara 'live' tetapi berjumpa secara maya sudah cukup memberi kesan kepadaku akan kata-kata mereka. Allahu Akbar...
Kepada warga blog dan alam maya sekalian, atas permintaan anak Allahyarham, marilah kita sama-sama menunaikan permintaannya :
Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah salah satu lagi tanda Allah s.w.t menjemput orang faqih akan AgamaNya dan semakin dekat dengan hari penentuan.
Allahyarham Tuan Guru Dato' Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.
Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan