Rabu, 21 Mei 2014

SENSASI : Ketibaan 2 Ekor Panda Yang Glamour

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni baca surat khabar dah nak dekat tengah hari, so lambat sikit la information yang aku terima.. Buka-buka je paper online, cerita sensasi... iaitu ketibaan 2 Ekor Panda daripada Chengdu, China di Malaysia..

Wah!! Glamour betul panda ni.. Siap ada liputan khas untuk ketibaan diorang ni.. Untung Badan jadi panda tu sebab dilayan sebegitu istimewa oleh Kerajaan.. huu uppps bukan calang-calang tau.. dilayan kerajaan tuuu... kita manusia ni pun tak dilayan sangat oleh kerajaan sebegitu istimewa.. hehe

Ketibaan Panda
Hah tu diaaaa... naik flight kooo.... Aku yang ni pun tak pernah merasa naik flight lagi.. haha (maluu).. 



Ni salah seekor panda tu.. Panda-panda ni dikatakan telah disewa oleh kerajaan Malaysia daripada kerajaan China selama 10 tahun.. Dalam tempoh tersebut kerajaan Malaysia perlu membayar RM3 Juta Setahun untuk membela haiwan tersebut.. Membazir ke? 

Untuk menempatkan panda ni pun dah menelan belanja RM25 Juta untuk membina Kompleks Panda Gergasi di Zoo Negara..haaa nampak tak kat situ istimewa ke tak panda ni berbanding korang.. haha.. Tu pun Belum masuk lagi maintainance nak jaga panda ni dalam setahun menelan belanja RM1.5 Juta setahun yang ditanggung Zoo Negara.. Perghhh nampak dah macam tak patutt kannn...

P/s: So pandai-pandailah korang menilai sendiri yee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan