Rabu, 21 Mei 2014

SENSASI : PROTON Dapat Pengerusi Baru??

PROTON
Bila sebut saja pasal Proton Holdings, mesti semua orang, rakyat Malaysia khususnya mengenali jenama ini.. Yela syarikat kereta pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan digagaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983.. Kemudian Proton Holdings Bhd ini telah mengeluarkan kereta yang pertamanya iaitu Proton Saga pada tahun 1986.. 

Tun Dr Mahathir Mohamad
Ha yang nak diceritakann hari ni Proton Holdings Bhd telah mengumumkan Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi barunya berkuatkuasa 16 Mei lalu menggantikan Pengerusinya sebelum ini iaitu Tan Sri Mohd Khamil Jamil.. Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini menjadi penasihat Proton sejak tahun 2003 setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.. 

1 ulasan: