Selasa, 25 Mac 2014

Tragedi 24..

Allahu Akbar!! Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.. Segala puji bagiMu Ya Allah yang mengurniakan segala nikmat ke atas kami yang masih kurang dan tidak bersyukur ni Ya Allah..
Pada tanggal 24 Mac 2014 ini kita telah dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak mengenai pesawat Boeing 777-200ER, penerbangan MH370 ini telah berakhir di lautan Hindi.. Lihat..

Sungguh hiba dan sedihnya setelah menunggu lebih daripada 2 minggu bagi mengetahui nasib kru dan penumpang penerbangan MH370 ini.. Walaupun sekarang kita masih menunggu bukti yang kukuh melalui pencarian objek dan juga mayat.. Kita juga masih berharap bukan ini beritanya walaupun ianya adalah tipis..

Selain itu pada tanggal yg sama juga, kita mendapat berita yang sedih daripada Mesir bahawa seramai 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Dr Mursi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah firaun alaf baru Al-Sisi.. Semoga Allah memberi ganjaran syahid terhadap mereka dalam mempertahankan ketauhidanMu Ya Allah.. Semoga Allah melaknat pemerintahan al-Sisi..

Ya Allah Ya Tuhan kami.. Engkau kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, jauhkanlah kami daripada fitnah dunia dan fitnah dajjal.. Engkau kurniakanlah kepada kami hati yang sentiasa mencintaiMu daripada segala sesuatu yg telah Engkau ciptakan di atas muka bumi ni Ya Allah.. Sesungguhnya apa yang telah terjadi pada hari ini adalah kerana keingkaran kami terhadapMu Ya Allah.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sabtu, 22 Mac 2014

PRAY FOR MH370..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ini berpeluang aku nak ‘update’ entry blog ini. Walaupun masih bertatih untuk mempelajari bagaimana untuk menulis di entry ini, masih mencari poin-point di mana aku nak tekan meletakkan widget-widget di blog ni.. hehe amateur la katakan..

Ok hari ini, kita bercerita pasal isu semasa yang paling gempar sekarang ni, yang lain dan tak bukan mesti korang semua pun dah dapat agak kan iaitu isu kehilangan pesawat MH370.. Ok baik.. Aku ni bukanlah penganalisa, pengkaji, pentafsir, penyiasat dan sebagainya yang terlibat secara langsung dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes ini.. tapi aku nak mengajak korang semua untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kru dan penumpang pesawat MH370..

Sesungguhnya buat masa sekarang ini, itulah yang termampu dan yang terbaik utk kita lakukan daripada kita sama-sama bersubahat menyebarkan spekulasi yang tidak benar. Nak-nak pulak kita menabur fitnah dan meletakkan semua kesalahan kepada anggota kru dan juruterbang tersebut.. Siasatan masih dilakukan.. Soo… kita tak payahlah menyimpulkan terlalu awal berkaitan dengan perkara ini..


Kita kena menjaga perasaan ahli keluarga mereka yang mana ketika ini sedang bersedih sebab ahli keluarga mereka tu tak tahu macam mana kedaan diorang sekarang ni.. Jadi di sini aku nak menyerulah supaya kita terus berdoa dan berdoa dan berdoa.. Agar terbit keajaiban daripada semua ini.. Ok??


Ahad, 9 Februari 2014

Bahaya Aedes!! Bahaya Denggi..

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun.. Tanggal 8 Fabuari 2014, terdetik di hati aku ni nak pergi melawat sepupu aku di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. Tanggal tarikh itu jugalah tepat pukul 6.30, aku dimaklumkan doktor bahawa sepupuku itu telah kembali menghadap Ilahi akibat penyakit yg dihidapinya itu iaitu demam denggi berdarah.. Allahu Akbar..

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala...

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).


Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Isnin, 27 Januari 2014

ILDAS : Senam di hari kedua..

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yg segar pada pagi sabtu (26/1/2014).. Hari last di ILDAS memang memberi ketenangan di hati ni sbb dikelilingi oleh pelajar tahfiz..

Pagi nie slot tazkirah pagi yg terkeluar sedikit dari bidang yg disampaikan oleh rakan-rakan.. Tajuk yg disampaikan ialah pengalaman bukit broga, remaja keliru, ulat gonggok, pengalaman orang kena rasuk, dan rama-rama.. Hehe

Tajuk yg pelik, tetapi mesti dihuraikan mengikut konsep dakwah.. Seronok mendengar macam-macam cerita..

Perginya seorang permata

Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu daripada dada manusia dengan sekali gus, tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan para ulama. Allahu Akbar. Tanggal 25 Januari 2014, seorang lagi ulama tanah air kita iaitu Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib telah pergi menghadap Tuhan Yang Maha Pencipta. Pada detik pukul 12 pagi lebih, tanggal 25 Januari 2014, aku dikejutkan dengan pengumuman di laman sosial dan laman web akhbar dengan pemergian seorang ulama yang aku sangat kagum dengan ketegasannya.
Secara jujurnya, terasa sayu dan sebak di dada akan pemergian beliau ke rahmatullah. Terfikir sejenak  bahawa dunia sudah berada di akhir zaman. Ulama yang dikagumi, Allah telah bawa pergi daripada kita khususnya rakyat Malaysia. Lebih sayu mendengar berita bahawa menengar berita Tuan Guru Harun Din turut berada di hospital kerana sakit beliau. Walupun tidak pernah berjumapa dengan dua orang ulama ini secara 'live' tetapi berjumpa secara maya sudah cukup memberi kesan kepadaku akan kata-kata mereka. Allahu Akbar...
Kepada warga blog dan alam maya sekalian, atas permintaan anak Allahyarham, marilah kita sama-sama menunaikan permintaannya :
Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah salah satu lagi tanda Allah s.w.t menjemput orang faqih akan AgamaNya dan semakin dekat dengan hari penentuan.
Allahyarham Tuan Guru Dato' Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.
Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Al Fatihah.

Rabu, 22 Januari 2014

Semudah Teh O..

.

Alhamdulillah penjelasan daripada Ustaz Hafizal terhadap video Benz Ali mengenai persoalan akidah. Menggunakan analogi yang mudah difahami dan maksud yang mendalam. Siapalah kita yang kerdil ini nak tunjuk di mana Allah.. Best video ni.. Jom kawan-kawan kita hayati apa yang dijelaskan oleh beliau.

P/s : Jawapan semudah teh o.. =)

Selasa, 21 Januari 2014

Orang Pertama..



Haaa.. Ni nak tanya korang.. Siapa orang pertama yang menghasilkan kereta? Siapa orang pertama yang mereka cipta telefon? Siapa orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan? Siapa rakyat Malaysia pertama yang menjadi angkasawan negara?
Haaa.. Mesti korang semua "expert" nak bagi jawapan untuk soalan-soalan ni kan?
Ok sekarang nak tanya pulak.. Siapa manusia pertama yang menulis Bismillah?? Hehe..
Ini kalau anak-anak tanya macam ni ibu bapa tak dapat jawab.. Malu oooo... Ok insyaAllah sini aku kongsikan serba sedikit entri yang aku terjumpa kat fb tadi.. InsyaAllah bermanfaat..


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

P/s : "Give & Take" dalam kehidupan ye kawan-kawan..